HeArT BeeEEEEAAATTTTTT!!!!!!

Fill In THE Blankets!!!!

Saturday, October 23, 2010

hey all peeps.... hahaha.... its 3 am n my eyes still open.. so i wuld post the best birthday wishes...
sadly in this many wishes, i dunt get even the simple as 'happy b'day' one on my birthday... hahaha.... im always the not important person in other people life.... what a joke... enjoy!!!!

Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.

To the world, you may be one person. But to me, you are the world.

It’s as easy to stay in love with you as it was to fall in love.

Happy Birthday my love!

It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.

With each year I love you more and more.

I’m enthralled by your beauty, mesmerized by your charisma and spellbound by your love. No wonder I am always thinking about you.

It’s always a treat to wish Happy Birthday to someone so sweet.

My heart for you will never break. My smile for you will never fade. My love for you will never end. I love you.

Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here.

With each year I’ll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I’ll be there for every up down and in between.

Because you’re the gift in my life, I give you my gift of love.

Happy Birthday my love. I’m so glad we’re spending it together.

I love you more than I did yesterday, but not as much as I will tomorrow.

I am so glad that I can share this special day with my favorite person.

Sending you my love on your birthday and everyday.

It takes only a few seconds to say I love you but it will take me an entire lifetime to show you how much.

You get lots of greetings for your birthday but this one comes to you with all of my love.

It’s not important that this day is your birthday. It’s important that everyday is your day and you are mine!

Next to you is one of my favorite places to be. Happy Birthday

It must have been a rainy day when you were born because the heavenswere crying because it lost its most beautiful angel.

When we’re together or when we’re apart, you’re first in my thoughts and first in my heart. Have a wonderful birthday.

Friday, October 22, 2010

mak tipu!!!!!!




mari kita baca dan selami cerita dari rakan sy.... kasihan sekali... ibu dia seorang penipu... layan.......


Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.



Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.



Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.





Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


Thursday, October 21, 2010

siapalah aku, hanya pemuja dari jauh...

hmmmmmmmmmm

Senyumanmu jelinganmu membuai khayalan
Kau dan aku hidup di kayangan

Sejak kita bersua
Dapat kurasa sesuatu istimewa
Tapi kusedar
Siapalah aku
Si pemuja dari jauh

Meskipun berdekatan
Dunia kita berasingan
Sejengkal bagaikan sebatu
Siapalah aku
Si pemuja dari jauh

Senyumanmu jelinganmu membuai khayalan
(Membuai khayalan)
Kau dan aku hidup di kayangan

Kuingin mendekati dengan lebih dekat lagi
Tapi tak mungkin oh tak mungkin

Siapalah aku
Si pemuja dari jauh
Si pemuja dari jauh
Si pemuja dari jauh


hmmmmmmmmmmmmm

Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyum ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya... ( oh... )

Sayu hati... sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati... sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...
Ku tak berdaya

Wednesday, October 20, 2010

sebuah lagi lagu...




SCREEN-TAK SUKA TAK APA
Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

( 1 )
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

( ulang 1 )

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Friday, October 15, 2010

terkilan.....

Ada rupa dan berharta owg suka.....

Kalau lelaki hansome pendiam
perempuan akan kata akan kata: wow!cool gile mamat neh...
Kalau lelaki tak hansome pendiam
perempuan akan kata: bisu ke psyco...

Kalau lelaki hansome berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...semua orang melakukan kesilapan...
Kalau lelaki tak hansome berbuat jahat
perempuan akan kata: dah la tak hansome!! prangai cam taik!!

Kalau lelaki hansome menolong perempuan yg kesusahan
perempuan akan kata: wow!hero sejati...
Kalau lelaki tak hansome menolong lelaki yg kesusahan
perempuan akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau lelaki hansome dpt perempuan cun
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau lelaki tak hansome dpt perempuan cun
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh pompuan tu... x pun poket dia tebal!!!

Kalau lelaki hansome d tinggal kekasih
perempuan akan kata: buta kayu btol minah tu!! "jgn rso, i kan ade.."
Kalau lelaki tak hansome d tinggal kekasih
perempuan akan kata: patut pon kena reject...

Kalau lelaki hansome bawa BMW
perempuan akan kata: dak la ensem.. berkejaya plak/anak owang kaya plak!!
Kalau lelaki tak hansome bawa BMW
perempuan akan kata: dah la drebar... nak berlagak plak

Kalau lelaki hansome tolong bukakan pintu kereta
perempuan akan kata: wah...caringnyer... gentlement lagi...
Kalau lelaki tak hansome tolong bukakan pintu kereta
perempuan akan kata: tlg sikit!!! i bukan x de tangan.. bley bukak sendiri r..

Kalau lelaki hansome bersedih hati
perempuanakan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau lelaki tak hansome bersedih hati
perempuan akan kata: hey!!! dah la jantan... nak nagis plak.. tah pa pa...

Kalau lelaki hansome pandai
perempuan akan kata: dah la ensem,pandai plak tu... mmg perfect r
Kalau lelaki tak hansome pandai
perempuan akan kata: nerd...

Kalau lelaki hansome main2 miskol
perempuan akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau lelaki tak hansome main2 miskol
perempuan akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau lelaki hansome hantar email hari2
perempuan akan kata: sukenyer...!!
Kalau lelaki tak hansome hantar2 email
perempuan akan kata: asyik2 email dia...boring!

Saturday, October 9, 2010

sebuah lagu

seribu bayangan by Damasutra...

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi....

Dalam terang ia sembunyi.
mengapa masih kau x mngerti,

10/10/10

kenapa kau buat aku begini,
setelah hatiku kau curi,
ku sentiasa mahu kau di sisi,
hanya kau saja bertakhta di hati,
kau biar ku seperti layang2 x bertali,
atau mungkin aku yg x mengerti,
mengertilah bahwa aku sepenuh hati,
bukan tujuanku ingin menyakiti,
tetapi aku hanya jujur pada diri,
sudah puas ku cuba bohong pada diri,
jawapannya masih belum kutemui,
akan kuusahakan walauapapun terjadi,
mungkin aku perlu mngundur diri,
siapalah diriku ini,
layakkah berada disisi,
tiada tempat untuk bertakhta dihati,
percayalah bahwa kau yg satu dihati,
aku menunggumu walau apapun terjadi,
seandainya kau beriku peluang sekali,
mencintaimu sepenuh hati....

hahahahahahaha!!!!!! cena ngn ayat jiwang karat temuntah kat atas??? hahaha... ayat nie bukan aku copy, tp ku tulis seniri taw... huhu.. mungkin isi aty ku.. atau munkin rekaan semata... answer urselve... aku nak mengambil pluang post pada tarikh yg mcm bez nie 10/10/10=XOXOXO......

Thursday, October 7, 2010

Wednesday, October 6, 2010

Seseorang yang mencintai kamu


Seseorang yang mencintai kamu.....Tidak bisa memberi alasan Mengapa ia mencintaimu...Dia Hanya tau, di mata dia...Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...Sebenarnya Selalu membuatmu marah/sakit hati/sedih/stress...Tapi dia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah dia lakukan...Kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu....

Seseorang yang mencintai kamu....Jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik....Hanya itu yang ia tau....

Seseorang yang mencintai kamu....akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau msgnya....Kerana ia peduli dan tidak ingin sesuatu terjadi pada kamu...

Seseorang yang mencintai kamu.....Hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu, dan ketika kamu mencuba menghapus airmatanya....Kamu telah menyentuh Hatinya!Ya.....Dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/bergetar hanya untuk kamu.....

Seseorang yang mencintai kamu....Akan mengingati setiap kata yang kamu ucapkan....Bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.....

Seseorang yang mencintai kamu....Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah....Kerana ia tidak mau mengingkari janjinya....Ia ingin kamu untuk mempercayainya....dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman Selama-lamanya....

Seseorang yang mencintai kamu.....Mungkin tidak bisa mengingati tarikh/peristiwa yang istimewa....Seperti perayaan Hari ulang tahunmu....Tapi ia tahu bahawa setiap detik yang ia lalui, Ia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah ini....

Seseorang yang mencintai kamu...Tidak akan berkata "aku mencintaimu" dengan mudah....Kerana segalanya yang ia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia mencintaimu...Tetapi hanya mengatakan I LOVE YOU, pada situasi yang istimewa...Kerana ia tidak mau kamu salah mengerti...Dia mau kamu mengetahui bahawa ia mencintai dirimu...

Seseorang yang benar2 mencintai kamu...Akan merasa bahawa sesuatu harus di katakan sekali saja...Kerana ia fikir bahawa kamu telah mengerti dirinya...Jika berkata terlalu banyak Ia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum....

Seseorang yang mencintai kamu .....Akan pergi ke Airport untuk menjemputmu...Dia tidak akan membawa sejambak Mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan...Tetapi ia akan membawa galasmu dan bertanya mengapa kamu menjadi kurus dalam waktu 2 hari???Dengan Hatinya yang tulus....

Seseorang yang mencintaimu...Tidak tahu adakah dia harus menelefonmu ketika kamu marah...Tetapi ia akan mengirim pesanan setelah beberapa jam...Jika kamu menanyakan : Mengapa ia tidak menelefon..?Ia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dariku semua hanyalah sampah. Tetapi ketika kamu sudah tenang, Penjelasanku baru akan benar-benar menyejukkan hati.

Seseorang yang mencintai kamu...Akan menyimpan semua benda yang telah kamu berikan...Bahkan Kertas kecil bertuliskan I LOVE YOU ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintai kamu...Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau kekadang caranya membingungkanmu...

Seseorang yang mencintaimu...Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...Akan rela melepasmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain....Walaupun hakikatnya hatinya terluka dan kecewa…credit to mello