HeArT BeeEEEEAAATTTTTT!!!!!!

Fill In THE Blankets!!!!

Friday, August 27, 2010

buat tatapan umum.....

assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua warga blogger... sedang aku boring2 td aku blogwalking n aku terbaca blog kawan aku(nama rahsia) dan nmpk tjok menariknya... jd slepas mntak izin tuan punya blog, aku kongsi kat semua warga blogger espesially awek/gurlz/pompuan/ladies/cikaro/kaum hawa n sama waktu dengannya....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

50 guy's secrets that ladies should know
1.lelaki tidak detail dalam percakapan
contoh: apabilakita tanya komen tentang kakaknya yg baru putus cinta, dia pasti berkata,"Hmmm, dah putus nak buat mcm mana?" tak usah bimbang kerana genetik lelaki tidak dibentuk utk petah bercakap mcm perempuan. menurut pakar, wanita boleh mengeluarkan 6000 to 8000 words daily manakala lelaki hanya boleh mengeluarkan between 2000 to 4000 words onlyyyyy...
(omg, patutla byk perempuan pot pet pot pet)
2.wangnya adalah rahsianya
lelaki tidak akan memberitahu pasangan mereka jika menghadapi masalah kewangan. bagi mereka itu adalah keaiban diri.
(bukan semua mcm ni kot?)
3.lelaki dengki wanita shopping
alatan elektronik atau aksesori kereta boleh dikatan sebagai alat permainan bagi lelaki dewasa. mereka rela berhabisan berjuta2 lemon ringgit utuk mengubahsuai kereta menjadi transformers, tapi kenapa mereka membebel bila tengok perempuan shopping? weird right?
4.keluarganya, egonya
mereka tidak akan menceritakan masalah keluarga kepada kamu kerana tidak maju kamu menilai buruk2 tentang keluarganya (lelaki ego je yg takkn cerita the bad things to his partner)
-_-"
5.romantik? itu khayalan kita sahaja
dalam filem, kita sering lihat hero muncul di rumah kekasih dengan sejambak bunga. kenyataanya tidak begitu. ini kerana sejak awal lagi, otak lelaki lebih mengutamakan hal yg praktik. bagi mereka memberi sesuatu yg bakal layu dalam beberapa hari adalah pembaziran.
(ohh kalau nak bg bunga hari2, memang la rabak kocek seluar para lelaki...sekali sekala y not?)
6.kegagalan adalah rahsia
sebolehnya dia tidak mahu memberitahu pasangannya tentang kegagalan yang dialami. semua lelaki mahu menunjukkan kehebatan dan kelebihan mereka, jika ada kelemahan pasti disembunyikan.
7.jangan sentuh ibunya!!!!
lelaki jarang mengkritik ibu mereka.. apatah lagi kalau hubungn mereka akrab. memang panas jika dia membanding-bandingkan kamu dgn ibunya. bg lelaki, ibunya merupakan wanita ideal. mereka juga belajar rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana si ayah melindungi ibunya. so jgn soalkan apa2 pasal ibunya okay?
8.menyimpan koleksi
memang bosan jika dia asyik mengajak kamu ke petaling street, kedai komik n kedai cd semata2 mahu mengumpul koleksinya. sebagai pemburu, lelaki suka menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. mereka selalu berwaspada andai diadili lelaki lain.
9.sudah tidak sayang
andai dia telah bosan, dia tidak akan berterus terang denganmu. si dia akan kata, "saya sibuk sangat, takut nanti saya abaikan awak pula, tidak adil." jika tidakpun "percayalah saya, it's not you, it's me" jadi faham2 la sendiri.
10.tidak sentiasa mahu mulakan
lelaki akan gembira jika sekali sekala isterinya memulakan inisiatif hubungan asmara. ini membuatkan lelaki rasa dihargai. tetapi, wanita pula keberatan memulakan seks kerana bimbang ditolak..hmmm habis tu mcm mana?
(perhatian ini adalah utk pasangan yg telah berkahwin dan di 18sx+sgkan)
11.lelaki benci sakit
lelaki tidak mahu kelihatan lemah di hadapan teman wanitanya walaupun sedang sakit. mereka alergi klinik and jgn terkejut ada yg takut jarum suntikan!;P
12.kecuali kekasihnya
lelaki memang syok tengok kaki cantik & licin mcm kaki nicole kidman ketika menyarungkan mini skirt. tapi kalau girlfriend sendiri paki, komennya ringkas sahaja,"i tak suka, tukar lain?" bagi mereka, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki atau bahagian lain, sudah pasti mereka berwaspada kerana itu merupakan sasaran mata2 lelaki.
13.perlukan pendengar
perasan harga diri lelaki datang daripada kejayaannya dlm karier dan apa yg diusahakan. oleh itu, amat penting utk kamu memberikan masa, peluang dan ruang utk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun kamu bosan mendengarnya. adanya kamu sebagai seorang pendengar yang baik pd masa itu, adalah isyarat mengatakan padanya bahawalah kamu pasangan hidup yg dicari!
14.cabaran mencari cinta
lelaki sebenarnya sukakan cabaran! lebih hebat cabaran itu, lebih menarik gadis itu pada mereka. tetapi, ada juga lelaki mendambakan wanita yg sudah berpunya. tambahan lg, apabila melihat pasangan wanita itu tidak hensem? wth?
15.jika sudah angau.....
lelaki sangat mengagung2kan wanita yg disukainya atau yg baru diminatinya walaupun perempuan itu tidak cantik. jadi, jangan cepat perasan jika si dia angaukan kamu! faham tu?
16.tiada peluang kedua
sekali dia curang, dia akan berlaku curang utk kali kedua smpai ke seratus belas ribu? ini bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap perempuan lain(itulah lelaki).jangan buang masa. tiada guna kamu memaafkannya. risikonya amat tinggi utk mereka kembali curang (mcm tu gak ngn perempuan..ini bg mereka yg tidak langsung serious)
17.komited pada kerjaya
bagi golongan lelaki, apabila mereka bekerja keras dan memperolehi pendapatan yang stabil, mereka dan keluarganya pasti hidup selesa. jika dia tidak call kamu pada masa yang dijanjikan, janganlah bimbang....mungkin dia sibuk, maklumlah cari duit utk beli rumah besar dan kereta besar utk kamu!?
18.jangan berlagak macam ibunya
jangan melayan lelaki seperti seorang budak kecil termasuk menjaga semua keperluannya dan perkara remeh-temeh. memadailah kamu memberikannya sokongan.
19.lelaki prihatin bentuk badannya
seperti wanita yang sentiasa menjaga berat dan bentuk bdn, lelaki juga begitu. mereka sanggup ke gym setiap hari walaupun berasa penat.ini semata-mata mahu mengekalkan bentuk badan mereka agar kelihatan segak dan seksi. ini juga adalah salah satu cara mereka menambat hati kamu.
20.ada lelaki kahwin dengan bola
lelaki dan bola memang tidak dapat dipisahkan. walaupun ada segelintir lelaki tidak minta bermain bola, namum apabila tibanya musim bola mereka akan menontonnya walaupun mereka terpaksa bangun awal..seawal2 pagi yg boleh.!inilah masanya mereka mahu meluangkan masa bersama rakan2.justeru, jadilah teman wanita mereka yang sporting.jangan pula mahu bersamanya 24 jam pada musim bola.
21.bersifat lebih mudah
lelaki lebih mudah cara hidpnya. lelaki sukar memahami jika sesuatu perkara disampaikan dalam bentuk kiasan. jika kamu tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepadanya.
22.wanita perlu bijak baca isyarat lelaki
andai kata dia mahu seorang wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan, kamu harus peka itulah tanda si dia mahu kamu mendekati dan mengenalinyan dgn lebih mendalam lg.
23.tidak suka dikritik
jangan cuba2 mengkritik lelaki selagi kamu belum bersiap sedia bertikam lidah, bertegang urat dengannya.lelaki tidak terbukan dan bukan mudah baginya menerima kritikan. jangan sesekali mengatanya dengan saudaranya atau sahabatnya. mungkin niat kamu baik, tidak mahu konfrontasi, hakikatnya dia lebih marah jika mengetahui kritikan itu ditujukan kepadanya. mengkritik lelaki perlu ada cara. kritik secara lembut ataupun secara berjenaka.
24.mahukan sokongan
apabila dia mula mengadu kepada wanita, kamu harus memberitahu dia bahawa kamu memerlukannya. mereka inginkan ketenangan hati. sokongan dan kata2 manis seperti, "i love you. tidak kira apa pun yg terjadi i tetap dengan you" pasti membangkitkan semangat mereka.
25.jadi sahabat bukan musuhnya.
jadilah shbt kepadanya bukan musuh. katakan padanya, "bagi i, youlah sahabat dan teman lelaki paling hebat."
26.tidak suka diatasi wanita
jika gaji pasangannya lebih tinggi pasti dia akan rasa tercabar.tidak semua lelaki mahu berkongsi kejayaan dengan teman wanitanya. ego mereka tinggi. jadi, jangan cuba menunjuk2 walaupun kamu tidak berniat begitu.
27.lelaki suka membisu
wanita berkebolehan utk membincangkan sesuatu subjek. malah lebih terbuka bercerita tentang masalah yang dihadapinya. tetapi lelaki adalah sebaliknya. mereka lebih suka mendiamkan diri sahaja dan menjadi pendengar yg setia.
28.dia sensitif.
lelaki mahu merasakan dirinya penting kepada wanita. dia akan marah jikalau mengetahui kekasihnya meminta pertolongan orang lain walaupun hal2 yg remeh. jadi jgn sesekali buat dia rasa tercabar dan dianggap tidak berguna kepada teman wanitanya.
29.tidak mahu QUEEN CONTROL
lelaki tidak suka dikawal. mereka mahu kebebasan dalam kehidupan. jika benar-benar menyintainya cubalah jadi wanita yg sporting...
(jangn sporting sangat smpai dia pijak kepala kita)
30.kawan lebih penting
apabila kawan2 datang meminta pertolongan daripada mereka, tidak ada banyak soal. tetapi kalau pasangannya banyak pula alasan dan perkara yang ditanya.
31.hatinya cepat sensitif
hati lelaki sebenarnya rapuh, sama seperti hati wanita. mereka mudah tersentuh dan terharu apabila mendengar kisah sedih atau melihat pasangannya menangis.
32.jangan perkecilkan bakat terpendamnya
orang lelaki sebenarnya lebih berbakat dalam masakan berbanding wanita. buktinya lihat sahaja ramai chef-chef di hotel 5 bintang di kalangan kaum lelaki. stau bonus bg kamu jika dapat boyfriend yg pndai masak!
33.lelaki juga penakut!
lelaki juga geli dengan haiwan berbulu dan serangga seperti lipas, tikus dan labah2, cuma di depan kamu sahaja dia berlagak berani.
34.pakar mengajuk
jika kamu mempunyai tabiat seperti memuncungkan bibir, menggigit jari, mengangkat kening, bercekak pinggang, jangan terkejut jika kekasih kamu boleh meniru tabiatmu itu.
35.barang kenangan masa kecil
menyimpan barang2 semasa kanak2 juga adalah tabiat kaum lelaki.mereka mungkin menyimpan permainan seperti kereta lumba, logo atau patung2 robot. tetapi lelaki jarang menyimpan barang pemberian kekasihnya? janganlah berkecil hati jika kamu terjumpa kad valentine pemberianmu tujuh tahun lalu di dlm kotak kasut buruknya.
36.perkahwinan itu bahagia
jika bertemu wanita yg sanggup memahami mereka dan sentiasa melalui masa susah senang bersama, sudah pasti dia memilih Miss Right utk berbahagia sepanjang hidup. adakah kamu memiliki ciri2 itu?
37.cintai dua wanita
lelaki boleh jatuh cinta dengan dua wanita dalam satu masa. inilah faktornya yang menyebabkan terjadinya poligami kerana mereka sukar membuat pilihan.
38.tidak bertindak balas
lelaki tidak makan saman jika kamu merungut ataupun berleter. kalau kamu mahu lelaki mendengar kata yang kamu perlu luahkan, berlembutlah. pasti dia akan memberi perhatian.
39.suka kejutan
bukan wanita sahaja yg gemarkan kejutan malah menganggap ini perkara paling manis dan merasakan pasangannya itu romantik, lelaki juga berpendapat begitu.
40.jangan tegur perutnya
jangan sesekali tegur perutnya yg boroi (if he is). itu adalah perkara sensitif bagi lelaki. jika kamu terslh langkah, pasti menimbulkan kemarahan. secara tidak langsung, kamu telah menunjukkan kelemahannya.
41.tension dan rokok
merokok bukan sahaja tabiat bagi kaum lelaki(mostly), tetapi juga dipercayai dapat menghilangkan tekanan dan keresahan yg dialami apabila terpaksa berhadapan dengan masalah.
42.lelaki berbohong nak lepaskan diri.
jika dia berbohong, bermakna dia telah mempunyai kekasih baru, bukan senang kamu mahu mengesan lelaki begini. kamu haruslah berwaspada jgn terlalu naif dan merelakan apa yg dipintanya.
43.lelaki juga pelupa
kebanyakan lelaki yg pernah bergelar pelar tidak suka menghafal tetapi suka mengira. janganlah kamu berkecil hati jika dia lupa tarikh istimewa bg kamu.
44.keyakinan tinggi
walaupun sedar suaranya sumbang tetapi dia yakin menyanyikan lagu romantik utk pasangannya agar kamu kagum dengannya.
45.pemberian hadiah pertama
lelaki kerap mengungkit jikalau barang pemberian pertamanya ditolak (so kepada perempuan jangan demand n mengada2 bila bf bg present). dia merasakan seolah2 kamu menolak kasihnya.
46.lelaki juga suka bergosip
mereka punyai sikap suka bergosip sama seperti wanita. kutukan dan topik yg digosipkan cukup panas dan berbisa! bukan itu sahaja, kupasan serta analisa sesuatu isu dibincangkan begitu terperinci. boleh tahan juga mulut lelaki sebenarnya.
47.warna utama lelaki
biru melambangkan ketenangan. ungu pula menunjukkan lelaki itu kuat berangan orangnya, manakala merah menunjukkan sikap agresif.
48.ada masa gentleman, ada masa menyakitkan hati
seorang lelaki dihormati kerana sikapnya yg gentleman. sikap ini datang secara semula jadi. tetapi, kadang2 sikap gentleman itu hilang. malah, timbul pula sikapnya yg menyakitkan hati. kamu pun tentu maklum bukan. jika ini berlaku, bawak2lah bersabar.
49.lelaki saja
sekurang2nya seminggu sekali mereka pasti keluar melepak bersama kawan2 di gerai mamak. waktu inilah mereka akan berkongsi cerita dan bergosip mengenai pasangan masing2 utk hilangkan tekanan.
50.tidak fokus.dalam perbualan
dia cuma berpura2 mendengar apa yang mahu kamu katakan. hakikatnya, fikirannya melayang entah kemana. tarik perhatiannya agar dia memberi tumpuan kepada apa yg kamu sampaikan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
so, apa pendapat warga blogger semua??? mungkin yg sejutu... mungkin ada yg tidak, jd sudi2kanlah tinggalkan komen....

No comments:

Post a Comment