HeArT BeeEEEEAAATTTTTT!!!!!!

Fill In THE Blankets!!!!

Sunday, October 2, 2011

melayu di mata dunia.....


melayu.... penduduk dominan tanah melayu aka Malaysia..... dimanakah melayu??? apakah melayu di mata dunia??? banggakah aku menjadi melayu??? first sekalu aku nak kongsi puisi oleh usman awang.....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka


hang tuah juga pernah berkata..."x kan melayu hilang didunia" jd mmg hebatkah kita??? tepuk dada tnya diri.... apa yg aku cuba perkatakan kat sini..... melayu mmg gah di mata dunia.... jom kita tonton video nie...klik sini...>>>>>>>>>>>>>>>>>>
hebatkan??? sedangkan geng rusia cakap bahasa kita, agung2kan bahasa kita..... tapi kita??? BAHASA JIWA BANGSA...... jgn la kita menjadi melayu yg mudah lupa.....

LOMOGRAPHY

Utuk projek 1 aku kli nie..... berkenaan dgn urban infil..... kmi dikahandaki wat Y-PORT ataupun youth port.... setiap student diberi peluang untuk memilih aktiviti untuk warga muda..... site bagi projek nie di georgetown bandar bersejarah..... kat situ penuh dgn heritage saja.... baik, bg aku, aku pilih aktiviti LOMOGRAPHY..... Lomography nie lebih kurang mcm photography la..... guna kamera, amek2 gambaq.... gunakan 1 falsafah jugak...... 'a picture exp0lain 1000 words'... baik, lomo amat berbeza dgn photo.... kalau konsep photography, kena amek gambaq perfect... maksud aku mcm cukup kaler, x gelap, x flare n ect... tp berbeza ngan lomo, semua tentang 'inperfection' gmbaq gelap,pudar,kaler tah papa.... but its LOMO..... ada aku terbaca ayat sorang matsaleh nie.. dya ckp "There are no rules for good photographs, there are only good photographs"..... betoy ka??? tah... yg tu kita kupas kemudian.... apa yg aku nak wat, aku nak hasilkan 1 ayat...."bad photograph maybe the next most beutiful lomograph" sampai x mksud aku???





ok apa yg bru korang tgk kat atas adalah abstract utuk aktivity aku iaitu LOMOGRAPHY.....
apa yg aku derive kat sni ialah..... "SEE YOUR WORLD TRANSFORM"
KENAPA??!!!!! kerana bila kita gunakan kamera lomo, 'what you see is not what you get" dngan kata lain, kita x kan boley predict gambaq yg kita tangkap.... gambaq tu akan transform kepada gambaq yg unik + menarik.... spera pada absract tu melambangkan dunia... WORLD OF LOMO..... dan gambar2 yg lain semua diambil guna lomo camera..... jem lappy aku nak susun suma tu....

Wednesday, September 28, 2011

Words for The DAY.....

"bekerja seperti kamu hidup 1000 tahun lagi dan beribadah seperti kamu mati esok"

Tuesday, September 27, 2011

sekadar kata untuk renungan.....

"Fate rarely calls upon us at a moment of our choosing....."

BoUt ArChi..........

Aki(Architecture/arkitektur/seni bina) ni dr persepsi aku, (correct me if im were wrong) salah satu drpd 5 bidang professional di m'sia.... org kata medic susa, aki pun sama..... owg kata law susa, aki pun susa..... aki nie bukan saja mengajar seseorang menjadi akitek, tapi menjadi pemimpin,bos, dan ketua.....

An
architect is a person trained in the planning, design and oversight of the construction of buildings. To practice architecture means to offer or render services in connection with the design and construction of a building, or group of buildings and the space within the site surrounding the buildings, that have as their principal purpose human occupancy or use.(maksud wikipedia)


"There’s a thin line between being a hero and being a memory"
dengan kata lain, arkiteklah nanti akan 100% akan bertanggungjawab pada banggunan yg dia design selagi banggunan tu x rebah ke bumi..... mungkin dok ingat drebar bas besar tggungjawab sebab dia dok jaga 45 nyawa penumpang dia.... pilot yg jaga beratus nyawa penumpang dia.... butul.... semua tu betul... tapi si arkitek perlu bertanggungjawab utk semua banggunan yg dia design... bayangkan seumur hidup dia, dia bina 30 rumah flat 20 tingkat, 1 flat 200 rumah, 1 rumah ada 4 nyawa, 4X200X30=24000nyawa...... tu kalau rumah flat saja.... kalau bggunan jadi masalah seperti tetiba runtuh, arkitek lah orang pertama sekali disoal..... jadi aku harap korang paham la apa tugas seorang akitek....

Antara banggunan2 yang termayur Dunia dan Arkitek yg merekanya.....




Monday, May 2, 2011

tangisan dlm ketawa...

seandainya ku tahu..
dari awal lagi kukunci hatiku..
sebelum terukirnya namamu..
dalam setiap aliran darah dan sarafku..

seandainya kutahu..
akan kutempis jauh cintamu..
agar aku tak terguris dek sembilu..
menambah luka di hati nan satu..

seandainya kutahu..
kau miliknya bukan milikku..
takkan ku sambut huluran tanganmu..
atau berada disisi menemani dirimu..

seandainya kutahu..
kata janji bak hembusan bayu..
hilang di bawa angin yang lalu..
dusta menjadi mainan hidupmu..
telah kujauhkan cintaku darimu..

seandainya kutahu..
kau tak mungkin jadi pilihanku..
dulu.. kini .. selamanya ku tak mampu..
untuk memiliki dirimu..
tak mungkin jua dapat ku sakiti diriku..

Thursday, April 14, 2011

orang yang mencintaimu....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.