Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama suku abad, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan benda yang tak best tentang anak bongsu ni.
1.Tiada dahi untuk disekeh
Masa kecik ,aku jeles tul ngan member aku , merangkap jiran sebelah rumah ini. Biasanya kalau nak pergi mancing ke, pasang jerat burung wak-wak ke, nak main polis sentri ke, mesti adik dia melorot-lorot nak ikut sama.Tak bawak kang, nangis, repot kat mak, leceh plak. Ye tak ye , bawak je la skali. Kalau nak nyeberang longkang, menangis-nangis mintak nak tolong sebab sendrik lompat tak lepas. Abang ni pun baikla hati, tolong jugak la adik dia, tapi "orang kata jangan ikut, yang ngengada ikut pasal apa!!?"..sambil menyekeh dahi adik .(klekuk!: efek bunyi sekehan).,,Apa punya abang daa..Tapi puas beb dapat sekeh dahi adik sendrik. Haish..ringan je tangan ni ngenangkan tu adik orang je..
2.Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Jordan tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.
3.Kerap Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7 keturunan kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"
.....
Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor, Hulu Selangor adala!! ,bongok, bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"
arghht!!
4.Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri, so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..
5.Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?
Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah , bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely
.Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.
Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.
uiks..
ReplyDeleterasenyew lagi byk kelebihan jd anak bngsu
betol tu en.yg di atas..sy rase kalo boleh putar mase sy wish nak jd yg bongsu ;)
ReplyDelete