HeArT BeeEEEEAAATTTTTT!!!!!!

Fill In THE Blankets!!!!

Thursday, April 14, 2011

orang yang mencintaimu....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tuesday, April 12, 2011

T_T

Maaf...Bila aku telah mengagumimu...
Maaf...Bila aku telah tertarik olehmu...
Maaf...Bila aku telah berharap padamu, walau tak mungkin...
Maaf...Ku tak banyak memberi padamu...
Mungkin hanya senyuman, perhatian, atau mungkin secarik puisi...
dan Maaf...Mungkin aku tak memikat dimatamu...
Ya...Karna aku hanyalah Bukan Siapa-Siapa yang telah jatuh hati pada makhluk indah sesempurna dirimu...
Mungkin...cukup bagiku melihatmu tersenyum...
Mungkin aku bukan siapa-siapa di matamu. Bukan seseorang yang bisa membuat hatimu tergerak. Aku hanya orang yang mengagumimu dari belakang yang tak kuasa berdiri di depan mu menunjukkan segala ekspresi kebahagian akan kehadiran mu.
Mungkin sebaiknya kubuang jauh-jauh perasaan ini padamu. Kubuang kedasar jurang hatiku yang paling dasar. Agar aku tak lagi sakit hati karenamu.

Monday, April 11, 2011

kisah buat projek....

Haaa.... kali nie aku nak cerita kisah aku wat projek ngn kwn aku. tajok entry mcm lucah ja.... hahaha.. bg yg berotak kuning, anda akan berasa kecewa... so... x yah baca.... hehehehe.... baeklah... projek yg aku wat nie bkn la pojek maksiat 2... projek yg aku wat nie projek MEMBINA SEMULA SURAU TAMAN MAJU.... al kisah bermula pada ari sabtu yg lalu...(9 feb)... surau taman maju di sri iskandar ni, kiranya surau kat taman rumah sewa aku la.... kedudukan surau 2 dgn umah aku nie mmg dkat la.... 20 meter mcm 2 la... pada tgh ary x silap aku... surau 2 terbakaq.... mcm mana tebakaq aku tataw la.... tp sempat la aku tgk surau 2 hangus... habis la kirannya... x dak pa yg selamat... jap2, aku nak crita pasai surau nie dlu.... walopun ia hanya sebuah surau, tp surau nie sentiasa dpenuhi orang... qariah kat sini plak ektif... sentiasa ja ada aktiviti yg belangsung... cthnya, kenduri, pas2 tetiap pg jumaat lpaz solat subuh, qariah kat sini akn melawat dari rumah kerumah.... pada bulan posa plak, tetiap ahad, qariah akn msk bubur lambuk utk dsedekahkan... time bulan posa plak tetiap ari ada ja owg buat moree.... mmg boleh dikatakan owg taman nie sayang la kat surau 2.... tp sekarang da tiada.... jd qariah surau n ajk taman maju nie wat keputusan utk SEGERA membina surau 2 semula.... nak dijadikan cerita, jiran sbelah rumah sewa aku nie pensyarah aku... dia jugak org kuat surau 2 la.... kebetulah dya mengajaq akitektur(seni bina) plak kat u aku kan... jd AJK n qariah surau 2 wat keputusan suruh dya design surau 2 dgn segera.... pada malam sabtu 2, dia(lecture aku) mai rumah kami n bincang cena design surau baru 2... aku plak time 2 ada submission ari senin... jd aku x sempat la nak layan dia... aku plak kan suka wat keja last minit... mmg x dan la.... tgk skit aku dok wat pa time 2.....jengx3

sebuah tadika moden

lpaz ja abeh submission, aku tros cri blek dya(jiran a.k.a lect aku)... tnya cena progress... dya ckp mlm kang kita sembang len.... pada malam tersebut, dya bwk segala plan ngn elevation suma... dya explain dya pnya design hasil pebincangan ngn suma lect... aku pun phm sket2 the crit blek skit2.... hahahaha.... ow... selama nie hangpa crit design aku ya... PAYBACK time...... hehehehe... then lpaz keputusan dah dibuat, aku diberi tugas membuat segala drawing.... hahahaha.... x pala... ada jugak aset aku akirat nanti.... punya nak SEGERA, penduduk taman nie nak plan 2 siap dlm masa 3 ari... 2 dikira dari ary ahad... so dateline dya ari selasa la... wahhhh... dgn pantasnya aku wat la otoked... dgn petolongan genk umah sewa, mlm 2 jugak aku berjaya siap drawing plan... 3d mula wat sikit, tp hasil dari penat wat submission, aku decide utk sambung esk.... hahahaha.... nie la petama kali aku wat design n wat drawing yg bggunan 2 akn MENJADI... even dari usaha sama ramai pihak.. apa perasaan tgk bggunan yg kta lukis,design, n tau segala selok belok building tersebut... wow!!!!! EXCITEDNYA!!!!!!! hahahaha terover plak... nie la prasaan jd arkitek kot... hahahaha ngaji pun x abes lg kan... hehehehe..... ok aku nak sambung wat kijo... chow!!!!


plan yg dilukis freehand


lukisan tampak yg dilukis freehand jugak
(plz ignore the human figure)


lukisan plan yg siap dimensi(ukuran)
Thanks AutoDesk for your excelent
software:AutoCAD2011 x64
(sempat lagi promosi)


Model 3D
Credit to Google for your
best 3D maker:Google SketchUp Pro 8
(promosi jugak)