Monday, September 20, 2010
hidup sebagai student architecture....
Lihat hasilnya..... huhu..... nie namanya private studio.... kerna natangniae la aku pening.... kerna dia juga aku dalam dilema.... aku nak menceritakan pengalaman aku di crit ngn Mr. Raja salah sowng lect aku yg boley dikatakan OTAI,RILEK,BERGAYA.... mari sama2 kita renungkan crit session aku.... tp aku x karang habis la... jenoh aku nak egt... lama ow aku crit ngn dya... huhu... last2 skali aku plak dalam dilema...
Mr. Raja:studio sapa yg longboard 2?
Aku : ha... saya la....
Mr. Raja: thematic studio long board tp kenapa la dia simetry???
Aku : saya x ley pikir yg len.... n saya da buntu... mood raya x ebeh lg cik...
Mr. Raja:kenapa form dya x panjang??
Aku :......
Mr. Raja: kalau da subject kamu...... (tangan tunjuk perkataan LONGboard), jd dya kena???
Aku :panjang...
Mr. Raja:apa?
Aku :panjang!
Mr. Raja:kuat lg!
Aku :PANJANG!
Mr. Raja:KUAT LAGI!!!!!
Aku :PAANGJAANNGG!!!!!!!!
Mr. Raja:tgk nie,(tangan tnjuk curving longboard 2) mana kat model kamu nie??
Aku :...........
Mr. Raja:hirachi x dak.... suma sama... nmpak boring.. try explore lg....
Aku :......... (senyum)
Mr. Raja:site kamu kat mana?
Aku :lumut....
Mr. Raja:viewing area nie menghadap mana?
Aku :laut,bukit n sunset...
Mr. Raja:ha!!!! da view elok, awat x guna??? dalam nie ada ekond ka gena???
Aku :ada ekond....
Mr. Raja:rumah tpi laut ats bukit, apa owg kata?? angin sepoi2 bahasa.... tp rasa ekond... rugila...
Aku :jd saya kena buat lounge la ek??
Mr. Raja:mungkin(sengeh), x taw la... kamu wat la....
Aku :...... (senyum x pueh ati)
Mr. Raja:kamu boley lounge dya kat sini, sini,sini.... semuanya mungkin la.... tp jgn la silap letak...
tgk nie, area ada banyak x kan tandas terapung?? kita habis masa kat WC(tandas)
5-6 minit ja... x kan WC dpt view plg best.... bla,bla,bla,bla,(manyak gila brief cik raja...
x mampu tulis)
Aku :jd saya kena wat mcm nie?
Mr. Raja:mungkin...
Aku : kalau saya wat mcm nie boley??
Mr. Raja:mngkin.....
Aku :jadi maksud cik raja kna mcm nie?(mula tensen)
Mr. Raja:mungkin....
Aku :........(tanpa reaksi dgn muka yg x pueh ati)
Mr. Raja:Afifi, bulan x kan jatuh keriba, jgn pikir lg soal len... pikir design nie dulu...bla,bla,bla...
awek2 apa suma tgai dulu.... bila kamu berjaya wat design, sapa pun mau punya.... jgn
risau... biaq kita repeat design.... asalkan kita pueh ati wat design..... (berlalu dgn
bergayanya tinggalkan aku seorang berfikir)
Aku keliru telah mula menjadi buntu.... kalu aku ada super power boley bc pikiran owg beznya..... baca tgk apa beliau mau dari aku.... x la aku dpt jwapan 'mungkin' ja.... huhuhu..... tp dgn sesi crit cik raja rini, dya tlah buka hati n pikiranku la... anyways thanks... esk aku nak p crit kat cik firdaus pulak.... aku harap aku dpt lbih manyak lg untuk membantu aku....
Saturday, September 18, 2010
kejiwangan melanda diri
samalah juga setelah memberi banyak pengharapan kepada seseorang…setelah ia mula menyayangimu hendaklah hangpa menjaga hatinya….janganlah hangpa terus meninggalkannya begitu sahaja….pasai dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….
Jika hangpa tahan (menadah) air biaqlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah anggap ia teguh…. cukuplah ala kadar….bila sekali ia retak…. mesti susah untuk hangpa tanpan (menampal)nya semula….akhirnya ia dibuang….sedangkan jika hangpa cuba repair mungkin boleh guna lagi….
lebih kurang la juga kalau hangpa memiliki seseorang, terimalah seadanya….Janganla pulak hangpa terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….anggapla dia manusia biasa...Apabila sekali dia buat silap, bukan mudah hangpa terima…. last sekali hangpa kecewa meninggalkannya.Sedangkan kalau hangpa memaafkan, boleh jadi hubungan hangpa akan berterusan hingga ke akhirnya….
Dan kalau hangpa ada sepinggan nasi… yang hangpa pasti baik untuk diri hangpa... Mengenyangkan... Berkhasiat...awat hangpa berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal.
sama la macam hangpa jumpa seseorang... yg hangpa dah rasa dya 2 da cukup baik dah bg diri hangpa, sayang korang(try jd KL), kasih pada korang(nak try lg sekali)... awat berlengah?? jgn la cuba bandingkan ngn yg lain...jgnlah terlalu mengejar kesempurnaan.... jgn la nty owg yg kita yakin boleh syg kita jd ha owg len... 2 sekadar renungan ja senaqnya...bg kisah aku plak... amatla complex.. aku seniripun x phm dgn apa yg ku rasa... hahahaha.... sebelah tgn yg menghela x disambut.... KUDUNG... hahahaha....
Wednesday, September 8, 2010
Bukti Perempuan itu Rumit
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba “mengorat” dia.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan cari “point” untuk jatuhkan kamu.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang “ewh nak melawan pula”.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba menggoda kamu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk bermain kayu tiga.
6. Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati “tu masalah kamu”.
Jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang yang tidak memahami.
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di “lebel”
sebagai lelaki penipu.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia akan memberi 1001 alasan untuk “cover”.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.
10. N... aku post yg nie... mestila mana2 kaum hawa pun x akan mngaku... tobat x ngaku aih... even benda btoy.... kepala batu!!! hahahahaha PEACE...
Andainya Perempuan Tahu
Baik untuk sambungan post bawah ni. aku sebagai kaum adam amat nak menegaskan bahawa kamijuga...... apa ek.... urm..... andainya gurl tawu....
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool,TASEK.....
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa… yang lain hanya kawan
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari… maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja… .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
perbedaan antara kaum adam dan hawa....
1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.
8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;
9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.
10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.